Sunday, June 26, 2011

Ayam Kapitan






Bahan-bahannya:

1 ekor Ayam sedarhana besar
3 Sudu besar rempah kari Ayam
1 Senduk cili sos
2 Sudu serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.


Bahan A (dikisar halus)

8 Biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci Halia

Bahan B:

2 Ulas kulit kayu manis
3 Kuntum bunga lawang
6 Biji buah pelaga
1/2 Sudu kecil bunga cengkih

Hiasan :

2 Helai daun kunyit dicarik
2 Biji bawang besar dihiris
2 Ulas cili merah dan hijau

Cara-caranya:

Gaulkan ayam yang sudah dibersihkan dengan serbuk lada hitam dan garam. Biarkan seketika.
Tumiskan bahan B dan seterusnya bahan A. Biarkan sehingga naik bau.
Masukkan serbuk rempah dan kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa.
Setelah agak garing, masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan selama 3-4 minit.
Masukkan cili sos dan gaul hingga rata.
Satelah kuah sebati dan agak pekat, masukkan bahan hiasan dan tutup api.

Umai Ikan Tenggiri




1 ketul ikan tenggiri (selepas dicuci, isi dihiris halus then masukkan sedikit garam, cuka dan 1 sudu jus limai kasturi). Leave it for 10 mins. Kalau tak nak pakai cuka, then lebihkan jus limau kasturi.

• 1 sudu jus limau purut
• 1 sudu jus limau nipis
• 1 sudu makan cuka
• 5 biji cili padi merah (hiris halus)
• 1 biji bawang besar (hiris halus)
• 1/2 biji tomato, dibuang biji dan didadu
(resepi original pakai asam paya dlm bahasa swak or if I am not mistaken kat sini asam kelubi)
kalau takde asam paya, pakai limau nipis - isi limau yg dah diperah jus, dihiris halus.

garam secukup rasa dan sedikit serba perasa

Cara-caranya:-

1. Masukan semua bahan hiris ke dalam mangkuk berisi isi ikan tadi dan kacau sampai rata.
2. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidang.

*Kalau tak nak ikan, boleh pakai udang or jelly fish or any type of seafood..
* The uniqueness will be of course, asam paya!

Bon appetite!

Friday, June 10, 2011

Masak Tempoyak Pucuk Kayu


Bahan-bahan A:

1 Cekak pucuk ubi
1/2 cekak daun pucuk labu
5 Helai daun kaduk
5 Batang serai
5 Papan petai
5 Helai daun kunyit




Bahan B:

5 sudu besar tempuyak ( bole tambah kalau suka)
1 cawan santan pekat
20 biji cili padi
1 inci kuyit hidup
Garam secukup rasa




Hiasan

Cili merah dihiris

Cara membuatnya:

Bahan A dihiris halus ( seperti bunga rampai)
masakan santan dengan api sederhana
masukkan cili dan kunyi yang telah ditumbuk halus kedalam santan
apabila santan mendidih, masukkan tempoyak.
kemudian masukkan bahan A yang telah dihiris satu persatu
biarkan hingga santan agak kering sebelum dihias dengan cili merah.

Thursday, June 9, 2011

Ikan Terubuk Bakar







Bahan-bahannya:

1 ekor ikan terubuk sedarhana besar

Bahan untuk pencicah:

1 Biji bawang besar
2 Biji cili merah / boleh gantikan dengan cili api kalau mahu pedas.
1 Biji limau kasturi

Cara membuatnya:

Ikan dibuang isi perut( jangan buang sisik) dan bersihkan.
Lumurkan dengan garam dan sedikit kunyit serbuk dan bakar dalam oven
Bawang besar dan cili merah dimayang halus kemudian dicampurkan dengan kicap dan diperah limau kasturi dan bolehlah dihidang apabila ikan sudah cukup masak.

Monday, May 9, 2011

Sambal Majmuk





Bahan-bahan kisar:

Cili kering (ikut suka)
3 Biji bawang putih
5 Biji bawang kecil
1 Inci halia

Bahan A:

1 Biji kentang ( saiz besar)dipotong dadu
2 Keping tempe dihiris nipis - goreng berasingan
5 Batang kacang buncis
3 keping hati ayam dipotong kecil
3 keping pedal ayam dipotong kecil
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau
Masukkan pedal, hati dan kacau rata selama dua minit.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan kentang dan biarkan hingga kentang menjadi setengah empuk dan bahan masakan menjadi agak kering.
Kemudian masukkan tempe yang telah digoreng dan gaul rata.
Akhir sekali, masukkan kacang buncis.
Tutup api dan bolehlah dihidang.


Note : Kalau tak suka hati ayam,ganti dengan daging atau paru pun best juga

Tuesday, January 4, 2011

Masak Lemak cili api cendawan kukur dengan pucuk ubi

Baru-baru ni mak masakkan saya masakan ni. Actually nilah masakan yang paling saya suka masa kecik-kecik dulu. Kalau mak masak lauk ni sure saya makan banyak tambahan pulak mak tak lupa nak gorengkan ikan sepat masin sekali.. fuhhh tangkap lelehhhhh...


so hari ni inilah recipe saya:

Bahan-bahannya:

Secawan cendawan kukur or cendawan kayu ( biasanya cendawan ni tumbuh pada kayu yang dah reput dan cendawan ni kecil- kecil jer mcm dlm gamdar tu)
- make sure bersihkan sebersih2nya. tak nanti ada pulak anak siput babi kang naya jerr hehehe


secekak pucuk ubi
30 biji cili api (ikut suka)
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai - dititik
3 biji bawabg merah
2 biji bawang putih
sedikit ikan bilis
santan ( sebiji kelapa)
garam secukup rasa
asam keping/ gelugor


Cara2 membuatnya:

Bersihkan cendawan dan tuskan
tumbuk cili dan kunyit hidup hingga halus sebelum dicampurkan dengan
bawang merah, putih dan ikan bilis setengan halus
panaskan santan dengan api yang sederhana then masukkan bahan yg ditumbuk tadi beserta serai. Masukkan garam dan asam keping mengikut suka. kacau hingga mendidih dan masukkan pula cendawan. kacau selama lima minit atau sehingga mendidh. Masukkan pucuk ubi. dan biar seketika sebelum ditutup api.

Siap!

p/s : jangan lupa ikan sepat masih. Kalau tak rasa tak sempurna hidangan.

Tuesday, December 14, 2010

Satay Ayam





Bahan-Bahannya:

1 Kg daging Ayam dipotong dadu ( bole amik kulit kalau suka)
3 batang serai - dikisar halus
3 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup - dikisar halus (bole tambah kalau nak lagi kuning)
1 inci halia dikisar halus
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk Jintan manis
8 sudu besar gula ( boleh tambah/ kurang ikut suka)
sedikit garam

Bahan Percik.

1/2 cawan minyak masak dicampur dengan bawang putih yang diketuk berserta sedikit susu cair.

Cara membuatnya:


Campur semua bahan dan gaul hingga sebati Perapkan selama dua jam( simpan dalam peti sejuk) Cucuk daging ayam dan percikkan dengan minyak dan susu cair yang telah disediakan tadi. Bakar diatas api atau oven. Terbalikkan selalu supaya tidak hangus dan pastikan minyak percik disapu sedikit setiapkali membalikkan satay.Untuk menyapu minyak percik, boleh juga digunakan serai sebagai penyapu satay.Bila agak-agak dah masak, bolelah diangkat dan sorokkan dulu sehingga selesai membakar. kalau tak orang yang bakar satay gigit lidi satay jer laa. :)

Selamat mencuba!