

Siakap Stim
Bahan2:
1 ekor ikan siakap, bersihkan, kukus sekejap. Selepas 10 minit, tuang kan air dlm pinggan kukusan
4 biji limau nipis, diperah jusnya, kulitnya disimpan
6-7 biji cili padi, dihiris
1 inci halia, hiris nipis2
5 ulas bawang putih, diketuk
1 camt gula
garam mengikut rasa
hiasan-
daun sup
daun bawang
cara membuatnya:
- campurkan air limau nipis, cili padi, halia, bawnag putih, gula, garam dan tambahkan 1/2 cawan air
- masak sekejap
- jiruskan ke atas ikan yg tlh dikukus tadi, taburkan dgn hirisan kulit limau nipis
- kukus 10-15 minit
- boleh dihidangkan, keluarkan kulit limau dahulu, dan taburkan dgn daun sup dan daun bawang.
Telur Dadar Cili Padi
Bahan2nya:
2 Biji telur
2 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
sedikit garam
cara:
Hiris bawang merah, bawang putih dan cili padi.
Masukkan kedalam telur. masukkan garam dan pukul hingga kembang.
Goreng hingga garing.
No comments:
Post a Comment