Thursday, August 14, 2008

Nasi Lemak vs Udang Petai



Nasi Lemak

Bahan-bahan

2 cawan beras, basuh bersih
1 cawan santan
2 cawan air
2 helai daun pandan, diikat
sedikit halba
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia, diketuk atau slice
3 biji bawang merah, slice
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat

Campurkan semua bahan dalam periok nasi dan masak seperti biasa.

Untuk hiasan:

Timun yang di potong layang
Kacang goreng
Ikan bilis goreng
Telur rebus atau goreng



Sambal Tumis Recipe Mak:

Bahan- bahannya:

3 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
Cili yang telah di rebus dan dikisar
Belacan (ikut suka)
Jus asam jawa
Gula dan garam seikut rasa
Ikan bilis yang telah digoreng dan ditumbuk separuh halus.

Cara membuatnya:

Kisar semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih dengan sedikit air. Panaskan minyak (banyak) dan tumis bahan blender hingga wangi dan biarkan mendidih sebentar dan kemudian masukkan sedikit belacan dan air asam jawa. Masak dengan api perlahan. Apabila tumisan benar-benar garing masukkan sedikit ikan bilis dan kacau sebentar. Masukkan gula dan garam secukup rasa(sambal yang sedap rasanya manis dan tidak terlalu pedas)



Udang Masak Petai

Bahan-bahannya:

1/2 kg Udang basah

Bahan Kisar:
6 biji cili merah } maklang gantikan dengan cili kering
5 biji cili padi }
6 biji Bwg merah
3 biji Bwg putih
Belacan
2 sb Udang kering
4 biji Buah keras
2 btg Serai - buleh juga dititik2 jer...
2 papan petai
santan } tak letak pun tak perr ikut suka jerr
Garam
Gula
Air asam jawa

Cara-caranya:

Tumiskan bahan kisar sampai wangi, masukkan udang, air asam jawa,garam,gula...last sekali petai

No comments: