
Bahan-bahannya
Bee hoon secukupnya (rendam dalam air panas)
2 biji cili padi or letak lebih utk lebih pedas
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit belacan
2 batang kacang botor, dihiris
sotong/ayam/udang
ikan bilis, digoreng terlebih dahulu
sedikit kicap dan sos tiram
garam secukup rasa
telur, jika mahu
Cara-caranya
1. Tumbuk bawang, cili padi dan belacan. Kemudian tumis dalam minyak panas.
2. Masukkan sotong dan goreng sampai masak.
3. Masukkan kacang botor, telur, kicap, garam dan sos tiram.
4. Bila dah layu sedikit, masukkan bee hoon. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng.
5. Bolehla dihidang atas pinggan dan hias dengan bawang goreng, serbuk lada hitam dan daun sup/daun bawang.
No comments:
Post a Comment