


Bahan-bahannya:
1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan
900 ml air
1/2 tin susu cair
3 biji bawang besar, dihiris
10 biji bawang putih, dikisar
2 inci halia, dikisar
1 batang kayu manis
4 kelopak bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 senduk minyak sapi
secekak daun ketumbar, dibersihkan
secekak daun pudina, dibersihkan
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan gajus
garam secukup rasa
pewarna kuning (serbuk inci kuning dicampur air sedikit)atau safron
Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar. Masukkan sekali gajus.
2. Tumis sehingga rempah naik bau dan gajus bertukar warna keperangan sikit. Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.
3. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Cucuk nasi buat lubang dan tuangkan pewarna kuning. Taburkan atas nasi dengan daun ketumbar, daun pudina dan juga bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak gunakan senduk dan ratakan warna kuning bersama nasi yang lain, angkat, tabur bawang goreng dan hidangkan.
Nota:
Gunakan periuk nasi untuk memasak, jadi belah bawah periuk tidak hangus kerana periuk nasi jenis non-stick kebanyakkannya. Gunakan senduk kayu bila memasak untuk elak periuk non-stick bergaris. Jangan terlalu kacau beras sewaktu ia nak masak, cukup sekadar semua bahan2 serata. Ini untuk mendapatkan nasi yang tidak pecah2
AYAM MASAK BERIANI
Bahan-bahannya
1 ekor ayam, dipotong kecil dan dibersihkan
6 ulas bawang putih dikisar,
1 inci halia, dikisar
2 biji bawang besar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1/2 cawan tairu
3/4 cawan rempah beriani
5 cawan air
2 biji kentang, dibelah 4
1 batang karot, dipotong ikut suka
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
sedikit daun ketumbar
sedikit daun pudina
minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
Cara-caranya
1. Panaskan minyak. Ayam yang telah dipotong kecil digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam dan digoreng. Jangan terlalu garing cukup goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan
2. Lebihan minyak goreng ayam jangan dibuang, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan pula bawang yang telah didadu. Tumis sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar dan juga tomato yang telah didadu. Masak sehingga rempah tanak, kecilkan api.
3. Masukkan rempah beriani, kacau rata. Masukkan pula air dan juga tairu, kacau sehingga sebati. Masukkan garam, kentang dan karot. Masak sehingga kentang dan karot empuk, jika airnya kurang boleh tambah lagi 1-2 cawan.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng, daun ketumbar dan juga daun pudina. Perasa garamnya, jika kurang masin tambah garam secukup rasa. Bila kuah telah bergaul rata dan serap dalam ayam. Boleh angkat, taburkan bawang goreng dan hidangkan.
DALCA
Bahan-bahan
300 gm daging
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang
3 biji ubi kentang
2 biji tomato
100 gm kacang buncis
2 cawan kacang dal (Yang telah di rebus)
8 sudu besar bumbung rempah kari daging
1 biji kelapa (ambi 4 cawan santan)
2 biji bawang besar (di kisar)
4 ulas bawang putih (di kisar)
3 cm halia
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air asam secukupnya
garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
2. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
3. Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.
4. Masukkan kentang dan lobak dan rebus sehingga empuk dan diikuti terung, kacang panjang dan tomato.
5. Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
6. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.
PAJERI NENAS
Bahan-bahan
1 biji nenas, potong bulat dan potong empat
3 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
1 biji bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
2 cm halia, dikisar
2 cm kunyit, dikisar
5 cm kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang
2 biji buah pelaga
6 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan gula dan garam. Gula kena lebih supaya pajeri nenas sedap.
3. Kemudian masukkan nenas dan masak sehingga layu dan keluar air. Sedia untuk dihidang bersama-sama papdam.
No comments:
Post a Comment