Sunday, August 17, 2008

Nasi Ayam Hainan - ( empat orang makan)



Cara-Cara Memasaknya:

Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam sukatan 3 Tin susu
1 ekor ayam

Bahan A

3 sudu margerin( ikut suka)
1/2 ulas halia
3 ulas bawang putih
kayu manis
Daun Pandan dan sedikit garam

Bahan B:
Sos Ikan
5 biji Cili Merah
1 ulas Halia
5 ulas Bawang Putih
Sedikit air perahan limau/lime
Gula,garam dan cuka

Bahan C:

1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
1 1/2 liter air
1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
1 - 1.5 sudu kecik garam
1 biji bawng besar (potong separuh)


Cara-cara untuk memasak nasi:

Gunakan bahan2 A

Masukkan bahan A ke dalam air dan masak.Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa.Masukkan Ayam. Jangan masak ayam terlalu lama.masak selama 20 ke 30 minit saja.Janji masak.

Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka).Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.
Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara. Panaskan kuali dan masukkan margerin sehingga cair. Goreng halia dan bawang putih hingga naik bau,.Masukkan beras. Akhir sekali masukkan pula air rebusan ayam tadi,kayu manis dan daun pandan.Masakkan nasi tersebut.

Sukatan air ialah 3:4 iaitu 3 tin beras bersamaan 4 tin air rebusan. Jangan terlebih takut nanti nasi terlalu lembik.

Untuk Sos Cili :

Gunakan bahan2 B:
Kisar cili kering yang telah di rebus,bawang kecil dan bawang putih dengan sedikit air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan. Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.


Untuk Sup:

Gunakan bahan2 C:
Gunakan bekas yang besar,didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut.Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit.Gunakan api sederhana besar.
Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit.
Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit.Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.
Last sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa.Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.
Cara2 hidangan: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan kedalm pinggan dan hidangkan bersama2 timun/daun salad.Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.
Ok dah boleh makan

No comments: